KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH by Ibnu Rijal from Must Read Sdn Bhd in General Novel category

KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH

by Ibnu Rijal

Category: General Novel

ISBN: 978-967-5426-82-7

Publisher: Must Read Sdn Bhd

File Size: 3.51 MB

Format: EPUB

https://www.e-sentral.com/search/byid/13890/khutbah-terakhir-rasulullah
RM 10.80
Synopsis

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."

Sebuah bait patah daripada Rasulullah SAW di dalam khutbah terakhir baginda. Sabda baginda ini seolah-olah meniup sebuah harapan untuk penulis bagi meneroka apa mesej yang tersebunyi di dalm 'Khutbah Terakhir' ini kerana nabi mengharapkan supaya semakin lama, semakin ramai yang lebih memahami isi khutbah terakhir baginda ini. Apakah mesej tersirat di dalamnya?

Lalu, penulis cuba selami dan perincikan ayat demi ayat di dalam lembaran khutbah bersejarah ini. Hasilnya, subhanallah... begitu lengkap! Dalam satu khutbah yang ringkas, baginda nabi mendidik dan menyimpulkan kepada kita tentang persoalan akidah, ibadah, muamalat, munakahat, akhlak dan banyak lagi. maka benarlah sabda baginda,

"Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."

Khutbah terakhir Rasullulah SAW ini adalah ibarat sebuah rumusan bagi ajaran Islam yang baginda sebarkan selama 23 tahun. Kesemuanya dikumpulkan di dalam sebuah khutbah. Buku ini digarap berpandukan rujukan-rujukan yang masyhur dan diselitkan kisah-kisah tauladan umat terdahulu sebagai contoh huraian yang lebih jelas dan 'mesra pembaca'. Selain itu, sepanjang bab para pembaca akan disentuh kalbunya agar kembali menyulam benih-benih cinta buat Rasulullah SAW dan segala keperibadian mulia baginda terserlah melalui khutbah terakhir ini. Di akhir bacaan, insya-Allah pembaca akan dapat merasakan perasaan cinta yang maha agung buat Rasullulah SAW dan akan lebih memahami khutbah terakhir Rasullulah SAW ini serta keajaiban yang ada di dalamnya. Mudah-mudahan...

"Yang terakhir lebih memahami kata-kataku daripada yang terus mendengar dariku..."