Rich Dad’s: Guide to Investing (Edisi Bahasa Melayu)

Rich Dad’s: Guide to Investing (Edisi Bahasa Melayu)

RM 26.40

ISBN:

978-967-369-281-1

Categories:

Motivation
Finance & Investments

File Size

2.65 MB

Format

epub

Language

BM
Favorite (6)

Synopsis

Buku ini bermanfaat kepada pembaca, sama ada pembaca mempunyai sedikit wang ataupun banyak wang bagi melabur, sama ada pembaca mempunyai pengetahuan yang sedikit ataupun pengetahuan yang banyak berkenaan pelaburan. Buku ini adalah berkenaan satu subjek yang kompleks namun ditulis dalam bahasa yang mudah. Ia ditulis untuk sesiapa sahajayang berminat menjadi pelabur yang berilmu dan berpengetahuan tanpa mengira berapa banyak wang yang kita ada. Pelaburan membawa makna yang berbeza kepada setiap individu. Malah, terdapat pelbagai jenis pelaburan untuk golongan kaya, miskin, dan kelas pertengahan. Rich Dad's: Guide to Investing adalah manual jangka panjang untuk mereka yang mahu menjadi pelabur kaya dan melabur dalam pelaburan yang melibatkan golongan kaya. Sekiranya buku ini adalah buku pertama pembaca berkenaan subjek pelaburan, dan pembaca berfikir mungkin ia sukar dan rumit untuk difahami, jangan terlalu gusar. Apa yang pembaca perlu ada adalah keinginan untuk belajar dan membaca buku ini dari muka surat awal sehingga ke muka surat terakhir dengan minda yang terbuka. Sekiranya ada bahagian dalam buku ini yang tidak pembaca fahami, saya sarankan supaya pembaca terus membaca sehingga habis. Walaupun pembaca tidak dapat memahami kesemua isi kandungannya, tetapi pembaca akan mengetahui lebih banyak perkara berkenaan subjek pelaburan berbanding ramai orang yang sedang melabur dalam pasaran, hanya dengan membaca buku ini sehingga habis. Malah, dengan membaca keseluruhan buku ini, pembaca akan mengetahui lebih banyak hal berkenaan pelaburan berbanding mereka yang dibayar wang bagi memberi nasihat pelaburan.