27 eBooks
Results for STRATEGI PEMBELAJARAN
STRATEGI PEMBELAJARAN

STRATEGI PEMBELAJARAN

Publisher

Penerbit UTHM

Categories

General Academics
School Reference

ISBN

978-629-490-019-6

File Size

11.27 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Melalui penghasilan buku Strategi Pembelajaran, ia sedikit sebanyak dapat memberikan sumbangan berguna kepada masyarakat dan negara terutamanya kepada para pelajar       di pelbagai peringkat. Segala panduan yang terkandung dalam buku ini adalah lengkap berdasarkan kepada pembacaan ilmiah serta hasil daripada penyelidikan yang telah dijalankan. Diharapkan agar pembaca dapat menjadikan buku ini sebagai koleksi dan panduan dalam mengharungi dunia pembelajaran, seterusnya merangka strategi untuk menggapai kejayaan. Sesungguhnya kejayaan hanya dapat diperolehi melalui usaha yang gigih dan strategi yang berkesan.
Seri Buku Pengayaan untuk Guru: Menjadi Guru yang Mau dan Mampu Mengajar dengan Menggunakan Pendekatan Kontekstual

Seri Buku Pengayaan untuk Guru: Menjadi Guru yang Mau dan Mampu Mengajar dengan Menggunakan Pendekatan Kontekstual

Author

Hernowo

Publisher

Mizan Publika, PT

Categories

General Novel
Indonesian Novels

ISBN

9793611111

File Size

3.12 MB

Format

epub

Language

English

Release Year

2013
Buku ini berisi cara menjalankan secara praktis konsep CTL & merancang strategi pembelajaran dengan menggunakan pendekatan kontekstual.
Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan

Pancadimensi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa: Trend dan Amalan

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Universiti Sains Malaysia, Penerbit Universiti Sai)

Categories

General Academics

ISBN

978-967-461-085-2

File Size

2.95 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Buku ini menyinkap lima dimensi pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Cakupannya meliputi aspek pedagogi, strategi, pendekatan serta teknologi terkini dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa. Antara aspek yang dibicarakan, termasuklah soal pembinaan, pengembangan serta pemerkasaan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu, pembelajaran Bahasa asing sebagai nilai tambah terhadap diri para pelajar, penerapan teori dan kaedah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa, aplikasi teknologi dan media dalam pendidikan Bahasa, literasi sebagai upaya untuk meningkatkan pencapaian para pelajar dari segi sosial dan intelektual, dan aspek penterjemahan dalam konteks pembelajaran bahasa kedua atau bahasa asing serta penilaian hasil terjemahan. Ternyata bahawa dimensi perbincangan buku ini adalah selaras dengan perkembangan semasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa pada semua peringkat pendidikan. Buku ini sesuai digunakan oleh para pelajar university, penyelidik dan perancang kurikulum, guru, pentadbir sekolah dan para pelatih institusi latihan guru.
Kepekaan Nombor, Numerasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Matematik Sekolah Rendah

Kepekaan Nombor, Numerasi dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam Pendidikan Matematik Sekolah Rendah

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Penerbit USM)

Categories

General Academics

ISBN

978-967-461-031-9

File Size

1.65 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
"Keupayaan berfikir merupakan satu daripada matlamat pendidikan di Malaysia dan juga kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran pada abad ke-21. Penulisan ini memfokuskan kemahiran berfikir dalam pembelajaran matematik melalui kefahaman konsep nombor dan dibincangkan dalam rangka kepekaan nombor, numerasi dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Seterusnya, KBAT dalam matematik dilihat sebagai asas kepada kefahaman matematik lebih tinggi dan juga pengantar kejayaan bidang lain. Pengalaman murid semasa mempelajari matematik pada tahap awal ini adalah penting dalam membentuk kepercayaan dan nilai mereka terhadap matematik. Kepekaan nombor, numerasi dan KBAT dibincangkan daripada perspektif dua elemen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran, iaitu murid dan guru. Pertama, perspektif kognitif murid melibatkan perwakilan dalaman dan luaran serta strategi penyelesaian masalah matematik. Kedua, proses pengajaran dan pembelajaran guru sangat berkait rapat dengan pembentukan kepekaan nombor, numerasi dan KBAT murid. Proses pengajaran dan pembelajaran akan dibincangkan daripada perspektif kepercayaan dan pengetahuan guru berkaitan pengajaran dan pembelajaran yang membentuk KBAT. Pertama, daripada aspek kognitif, kefahaman konsep nombor dilihat sebagai cara maklumat diwakili dan distrukturkan dengan merujuk kepada kebolehan seseorang menghubungkan idea, fakta atau prosedur. Sesuatu idea matematik boleh diwakili suatu bentuk perwakilan atau pelbagai perwakilan. Kefahaman terbentuk apabila perwakilan idea, fakta atau prosedur matematik menjadi sebahagian daripada jaringan perwakilan. Kajian menunjukkan bahawa walaupun murid mempunyai strategi menyelesaikan masalah yang dikemukakan, kepekaan nombor mereka membantu membentuk strategi bermakna. Sehubungan itu, maklumat tentang cara murid menyelesaikan masalah yang diberikan adalah lebih penting daripada sama ada mereka dapat memberikan penyelesaian yang betul atau sebaliknya. Kedua, daripada aspek pengajaran dan pembelajaran guru, dua perkara utama yang akan dibincangkan ialah kepercayaan guru tentang matematik dan kriteria pengajaran guru serta amalan pengajaran yang menyokong dan membangunkan KBAT berdasarkan penyelidikan yang telah dijalankan. Kepercayaan guru dikaji mengikut kerangka matematik sebagai disiplin formal dan informal. Kerangka yang sama digunakan untuk mengkaji kepercayaan guru terhadap pengajaran matematik. Kesimpulan mencadangkan bahawa sebahagian besar guru matematik sekolah rendah mempunyai campuran kedua-dua kepercayaan yang formal dan tidak formal. Penulisan ini juga membincangkan penyelidikan, kriteria pengajaran guru dan amalan pengajaran yang menyokong dan membangunkan KBAT. Kajian pengajaran matematik guru menunjukkan kemunculan aspek-aspek tertentu pengajaran seperti ciri-ciri guru yang baik dan penglibatan pelajar yang berkesan. Walau bagaimanapun, aspek-aspek lain pengajaran seperti pengetahuan kandungan pedagogi guru dan perkaitan matematik kepada kandungan dilihat sebagai sangat mencabar kepada guru. Justeru, untuk melaksanakan KBAT dengan berkesan, aspek murid yang merujuk kepada perkembangan kognitif mereka, khususnya perwakilan dan strategi penyelesaian masalah harus diambil kira. Selain itu, latihan profesional guru seharusnya menangani kepercayaan asas guru terhadap matematik kerana sistem kepercayaan guru ialah pengemudi utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: PENTAKSIRAN LISAN BAHASA MELAYU

PENTAKSIRAN BILIK DARJAH: PENTAKSIRAN LISAN BAHASA MELAYU

Publisher

UPM Press

Categories

General Academics

ISBN

978-629-7689-31-9

File Size

16.52 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Amalan pentaksiran dalam pendidikan di Malaysia telah bermula pada tahun 2017. Transformasi pendidikan di persada negara telah memberi peluang kepada warga pendidik dan murid untuk bersaing secara global di peringkat antarabangsa. Penghasilan buku ini menekankan aspek pedagogi khususnya pelaksanaan pentaksiran lisan (kemahiran mendengar dan bertutur) kepada pendekatan pembelajaran secara mendalam, kontekstual, dan berkesan. Amalan pentaksiran yang dijalankan oleh guru menggunakan pelbagai teknik, kaedah, strategi dan pendekatan yang seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran pendidikan memfokuskan kepada perkembangan potensi dan kemenjadian murid.
ABC Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak

ABC Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (2018)

Categories

General Academics
Family & Health
Science

ISBN

978-967-461-266-5

File Size

8.80 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak merupakan strategi yang dilaksanakan berdasarkan prinsip-prinsip pembelajaran berasaskan otak yang dibangunkan daripada teori serta penemuan terkini kajian berkaitan otak. Pendekatan ini direka bentuk agar serasi dengan struktur, kecenderungan serta fungsi optimum otak manusia bagi memastikan keberkesanan proses pembelajaran individu pelajar. Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dirancang khusus untuk lebih menghargai serta memberi pertimbangan yang menyeluruh terhadap kemampuan otak dalam sesuatu proses pembelajaran. Sehingga kini, belum ada buku yang membincangkan tentang konsep Pendekatan Pengajaran Berasaskan Otak dalam versi bahasa Malaysia. Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan bagi bakal guru, guru dan pendidik yang berminat untuk meneroka potensi otak serta potensi diri dalam konteks kehidupan harian.
Teknologi Persuasif Dalam Pembelajaran Terbuka

Teknologi Persuasif Dalam Pembelajaran Terbuka

Publisher

Penerbit UKM

Categories

General Academics

ISBN

978-967-251-411-4

File Size

4.32 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Teknologi persuasif merupakan teknologi yang dapat mempengaruhi pengguna untuk mengubah sikap dan tingkah laku. Teknologi ini telah digunakan dengan meluas dalam pelbagai aplikasi seperti kesihatan, perniagaan dan pendidikan. Kepentingan teknologi persuasif dalam bidang pendidikan seperti dalam sistem e-pembelajaran serta MOOC juga semakin diperlukan dalam menghasilkan pendidikan terkehadapan. Model Pembangunan Reka Bentuk Persuasif menggariskan beberapa prinsip persuasif yang dapat mempengaruhi tingkah laku pengguna. Namun begitu, teknologi persuasif masih baharu terutama reka bentuk sistem e-pembelajaran sedia ada kurang menumpukan aspek persuasif untuk perubahan tingkah laku pelajar seperti menarik minat dan penglibatan. Ciri multimedia dan interaktiviti masih kurang memadai untuk memenuhi keperluan meningkatkan tahap penglibatan pelajar dalam e-pembelajaran. Tahap penglibatan dan motivasi pelajar yang rendah juga disebabkan kelemahan interaksi antara pelajar dan sistem e-pembelajaran. Prinsip peringatan persuasif dicadangkan pada sistem e-pembelajaran bagi meningkatkan tahap penglibatan pelajar serta motivasi. Buku ini menyumbang kepada kerangka konsepsi rekabentuk persuasif bagi sistem e-pembelajaran khusus dalam aspek peringatan persuasif yang bermatlamat untuk meningkatkan penglibatan pelajar dan menaikkan motivasi serta menambahbaik strategi pembelajaran mereka.
Pemikiran Komputasional dalam Pengaturcaraan : Model dan Amalan

Pemikiran Komputasional dalam Pengaturcaraan : Model dan Amalan

Publisher

Penerbit UKM

Categories

General Academics

ISBN

978-967-251-790-0

File Size

6.33 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2022
Buku ini memberi tumpuan kepada cabaran membangun model penyelesaian masalah dan pembangunan atur cara dengan menekankan penggunaan pemikiran komputasional atau Model C-Think. Model ini merupakan pendekatan bersepadu untuk menyelesaikan masalah dan menulis kod atur cara secara sistematik. Memperincikan elemen kemahiran pemikiran komputasional untuk setiap langkap penyelesaian masalah dan menyusun komponen dan elemen mengikut keutamaan dijelaskan. Penyusunan dibuat berdasarkan susunan kemahiran PK sebagai strategi penyelesaian masalah. Aplikasi C-Think menunjukkan model C-Think dapat diserlahkan dalam bentuk bahan pengajaran dan pembelajaran pengaturcaraan. Aplikasi ini merupakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang boleh diguna oleh tenaga pengajar untuk membantu pengatur cara novis merancang penyelesaian, membina algoritma dan menulis kod atur cara. Penggunaan pemikiran komputasional secara sistematik dalam pengaturcaraan dapat mengurangkan beban kognitif pelajar agar hasil pembelajaran dapat dioptimumkan
Psikologi Pendidikan

Psikologi Pendidikan

Publisher

Penerbit UTM Press

Categories

General Academics

ISBN

978-983-52-1637-4

File Size

3.44 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Buku Psikologi Pendidikan ini memberikan panduan secara komprehensif kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bidang pendidikan. Bagi pelajar bidang pendidikan, buku ini dapat memberikan pemahaman dan pendedahan kepada mereka tentang perbezaan ciri-ciri tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah, penggunaan pelbagai kaedah atau model pembelajaran, masalah yang dihadapi dan kesihatan mental dalam kalangan pelajar di sekolah, pertimbangan dalam penyediaan kurikulum dan hasil pembelajaran. Buku ini turut membincangkan penerapan prinsip psikologi pendidikan di dalam kelas. Perbincangan yang menyeluruh tentang pembangunan manusia, aplikasi teori kognitif dalam kepelbagaian pembelajaran, strategi pengajaran dan persekitaran yang berkesan serta penilaian pembelajaran pelajar dilihat amat berguna untuk memahami minda pelajar dan melihat implikasinya dalam pendidikan. Buku ini berusaha menghuraikan gambaran tentang manusia dalam konteks pendidikan sehingga ia dapat dibangunkan menjadi insan yang berpotensi dalam pembangunan bangsa. Buku ini diharapkan dapat membantu pelajar universiti dan para pendidik serta individu yang berminat untuk mengembangkan pengetahuan dalam bidang psikologi pendidikan.
Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Categories

General Academics
School Exercise
Parenting

ISBN

978-967-461-077-7

File Size

3.36 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2016
Pengurusan tingkah laku merupakan aspek penting dalam pendidikan khas yang setakat ini kurang diberi perhatian yang sewajarnya. Buku Program Pengurusan Tingkah Laku Kanak-Kanak Berkeperluan Khas mengandungi himpunan strategi untuk meningkatkan tingkah laku positif kanak-kanak berkeperluan khas. Program pengurusan tingkah laku ini adalah hasil usaha kolaboratif panel pakar bidang pendidikan khas serta pakar bidang keperluan khas klinikal. Strategi-strategi yang dipersembahkan dalam program pengurusan tingkah laku ini adalah berasaskan prinsip behaviorisme, pembelajaran sosial dan kognitif-behavioral. Di samping teori, langkah pelaksanaan yang merangkumi langkah penyediaan bahan dan langkah implementasi dijelaskan. Program pengurusan tingkah laku ini sesuai diaplikasi di dalam kelas pendidikan khas, kelas inklusif, persekitaran terapi klinikal serta di rumah. Penyelidikan kajian lapangan telah dilaksanakan untuk menentukan kesesuaian dan keberkesanan strategi ini di dalam kelas pendidikan khas. Ibu bapa, keluarga, pengamal pendidikan khas seperti guru serta pengamal kesihatan seperti ahli psikologi merupakan sasaran pembaca buku ini. Buku ini juga sesuai digunakan sebagai buku teks akademik untuk pengajian peringkat ijazah sarjana muda dan sarjana dalam bidang pendidikan khas. Pihak pengarang berharap agar buku ini boleh memanfaatkan semua anggota masyarakat yang terlibat dalam proses pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas.
Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar

Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (2020)

Categories

General Academics
School Reference

ISBN

978-967-461-507-9

File Size

9.20 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Buku Pedagogi Meningkatkan Kualiti Intelektual Pelajar merupakan dapatan daripada kajian penyelidikan tentang strategi pengajaran guru. Buku ini memberi pengetahuan yang amat bermakna tentang strategi, pendekatan dan teknik spesifik berdasarkan amalan pedagogi terbaik guru dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar di dalam bilik darjah. Kandungan di dalam buku ini turut membincangkan kepentingan membangunkan potensi kualiti intelektual dalam kalangan pelajar melalui amalan pedagogi yang berkesan oleh guru. Model berserta profil amalan pedagogi terbaik guru dalam meningkatkan kualiti intelektual pelajar turut dikemukakan bagi membantu dan diadaptasi oleh para guru dan bakal guru untuk merancang pengajaran, melaksanakan pengajaran dan pembelajaran, dan seterusnya membuat penilaian pengajaran untuk meningkatkan kualiti intelektual pelajar. Buku ini dapat menyumbang kepada pembangunan praktis pedagogi guru di dalam bilik darjah ke arah meningkatkan profesion perguruan pada abad ke-21.
Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

Kaedah dan strategi pengajaran kanak-kanak berkeperluan khas

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Categories

General Academics

ISBN

9789838616751

File Size

7.71 MB

Format

epub

Language

BM
Insan istimewa yang lahir ke dunia ini ibarat sehelai kain putih. Walaupun kanak-kanak ini dilahirkan sebagai insan istimewa, namun mereka juga mempunyai hak untuk mendapat pendidikan yang sama seperti kanak-kanak normal yang lain. Justeru, guru, ibu bapa dan masyarakat perlu memainkan peranan yang penting dalam melakar masa depan yang gemilang buat kanak-kanak ini. Kebolehan dan kemampuan mereka untuk menerima ilmu pengetahuan tidak boleh di pandang ringan oleh masyarakat. Malah masyarakat seharusnya memberi peluang kepada mereka untuk merasai proses pembelajaran yang berkesan agar mereka mampu berdikari dan menyumbang kepada masyarakat, bangsa dan negara pada masa hadapan. Berlandaskan tuntutan tersebut, maka buku Kaedah dan Strategi Pengajaran Kanak-kanak Berkeperluan Khas ini membawa pembaca mengenali dan memahami kaedah dan strategi pengajaran yang berkesan untuk kanak-kanak berkeperluan khas yang mempunyai keperluan individu yang berbeza. Pelbagai kaedah pengajaran dan intervensi dikemukakan di dalam buku ini bagi mengatasi masalah menyebut, mengeja, membaca dan mengira. Huraian yang ringkas, padat dan mudah difahami ditambah pula dengan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran yang relevan pada masa kini sudah pasti menjanjikan kepuasan kepada pembaca. Sesungguhnya pendekatan yang digunakan oleh penulis mampu merungkai segala persoalan yang terbuku di minda pembaca mengenai insan istimewa.
Berijazah secara PJJ di Malaysia: Peluang, Cabaran, Ciri dan Gaya Pembelajaran

Berijazah secara PJJ di Malaysia: Peluang, Cabaran, Ciri dan Gaya Pembelajaran

Publisher

PENERBIT UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (Penerbit USM)

Categories

Motivation
General Academics
Lifestyle

ISBN

978-967-461-256-6

File Size

7.54 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2019
Segulung ijazah menjadi impian ramai. Tidak semua bernasib baik mendapatkannya secara saluran utama. Tawaran PJJ (pendidikan jarak jauh) adalah peluang terbaik. Namun, mereka yang pastinya telah mempunyai komitmen (bekerja dan/atau berkeluarga) tetapi masih menyimpan impian ini, tetap dibelenggu pelbagai persoalan tentang PJJ. Apakah sebenarnya PJJ? Sesuaikah menjadi pelajar jarak jauh? Apakah ciri-ciri dan gaya pembelajaran seorang pelajar jarak jauh? Bagaimanakah proses pengajaran dan pembelajarannya? Apakah cabaran yang harus ditempuhi? Mampukah PJJ ditempuhi dengan jayanya? Bagaimanakah hendak diuruskan masa antara kerjaya dan pengajian? Apakah tip untuk berjaya dalam PJJ? Semua persoalan ini dikupas dengan rapi di dalam buku ini. Sebagai perintis dalam PJJ di Malaysia, penulis mengaplikasikan pengalaman dan kepakaran luas beliau dalam membincangkan tentang keseluruhan aspek PJJ – variasi pengajaran PJJ, cabaran pembelajaran, ciri dan gaya pembelajaran pelajar dan juga strategi kejayaan. Penulisan buku ini ditujukan khas untuk bakal pelajar dan pelajar jarak jauh institusi pengajian tinggi Malaysia untuk berjaya dengan cemerlang. Buku ini juga relevan untuk panduan pelajar sepenuh masa sistem konvensional di dalam kampus.
Inovasi Kurikulum Imtiaz dan Kedan kepada Keupayaan Kognitif Pembelajaran Bahasa

Inovasi Kurikulum Imtiaz dan Kedan kepada Keupayaan Kognitif Pembelajaran Bahasa

Publisher

BookCapital (Penerbit Universiti Malaysia Terengganu)

Categories

General Academics
Religion

ISBN

978-967-2134-71-8

File Size

11.06 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Inovasi kurikulum sekolah IMTIAZ telah diperkenalkan dengan penerapan system dwialiran bersepadu yang mengintegrasikan Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) dengan Program Hafazan Al-Quran. Kurikulum ini bermatlamat untuk melahirkan generasi Ulul Albab yang berteraskan tiga ciri utama, iaitu Quranik, Ensiklopedik dan Ijtihadik. Penekanan diberikan kepada aspek hafazan Al-Quran, penguasaan bahasa-bahasa asing serta sains dan teknologi (ICT) yang telahmenjadikannya sebagai satu-satunya Sekolah Agama Pintar (Religious Smart School) yang terunggul. Monograf ini meninjau dan menilai sejauh manakah inovasi kurikulum secara khususnya di sekolah IMTIAZ Terengganu memberi kesan kepada keupayaan berfikir pelajar dalam konteks pembelajaran bahasa. Penulis turut mencadangkan resolusi dalam strategi peningkatan kualiti aras kognitif bagi pembelajaran bahasa yang berkesan. Monograf ini diharapkan dapat menyumbang ilmu kepada para penyelidik dan pendidik secara khusus dalam bidang bahasa, malah merentas bidang pengajian, yang sentiasa kreatif mencari inovasi dalam menangani isu-isu dan fenomena pendidikan terkini.
Pengenalan Pendidikan Pintar Cerdas dan Kaedah Pengajaran Terbeza

Pengenalan Pendidikan Pintar Cerdas dan Kaedah Pengajaran Terbeza

Publisher

PENERBIT UPNM

Categories

General Academics

ISBN

978-967-2414-87-2

File Size

19.07 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2024
Pendidikan pintar cerdas dan kaedah pengajaran terbeza berkait rapat kerana kedua-duanya menekankan pentingnya memenuhi keperluan unik setiap pelajar. Dalam konteks pendidikan pintar cerdas, pengajaran terbeza adalah alat penting untuk memastikan pelajar berbakat dan pintar cerdas menerima cabaran dan sokongan yang sesuai untuk berkembang dengan optimum. Ini termasuk menyediakan pelajaran lanjutan, peluang untuk penyelidikan bebas, dan aktiviti yang merangsang pemikiran kritis dan kreatif. Dengan menggabungkan prinsip-prinsip pendidikan pintar cerdas dengan strategi pengajaran terbeza, guru dapat mencipta persekitaran pembelajaran yang inklusif dan memupuk perkembangan intelektual, emosional, dan sosial semua pelajar.
INOVASI P&P DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

INOVASI P&P DALAM PENDIDIKAN BAHASA MELAYU

Publisher

Penerbit UPSI (Penerbit UPSI)

Categories

General Academics

ISBN

e-978-967-2159-67-4

File Size

271.57 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2020
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan Bahasa Melayu, P&P yang berkesan amat diperlukan. Oleh itu kepelbagaian dalam pendekatan, kaedah, strategi dan teknik perlu difahami untuk diaplikasikan dalam P&P yang kian mencabar. Buku ini menghuraikan dengan jelas dan mendalam pendekatan-pendekatan terkini yang merangkumi pendekatan kontekstual, masteri, koperatif, kolaboratif dan konstruktif. Di samping itu penggunaan peta konsep dan peta minda turut dimuatkan untuk menambah keragaman pendekatan yang boleh dipilih guru agar aktiviti di bilik darjah itu lebih menarik dan menyeronokkan pelajar. Teknik-teknik P&P juga dihuraikan dengan terperinci agar dapat membantu guru menjalankan tugas dengan berkesan. Antaranya ialah teknik penyoalan berkesan dan teknik pembelajaran atas talian. Strategi pengajaran Bahasa mengikut situasi juga dijelaskan dalam buku ini agar dapat membantu guru menjalankan P&P dengan Berjaya. Kesemua bab turut dilengkapi dengan aktiviti pengukuhan menjadikan buku ini amat sesuai dijadikan sumber rujukan dan panduan kepada bakal guru di institusi pengajian tinggi, guru novis dan guru-guru Bahasa Melayu yang sedang mengajar sama ada di sekolah rendah atau menengah.
Kamus Kata Nama (Tempat) Untuk Pembelajaran
(Arab-Melayu)

Kamus Kata Nama (Tempat) Untuk Pembelajaran (Arab-Melayu)

Publisher

DR. ZULKIPLI BIN MD ISA

Categories

Language & Dictionary

ISBN

9789672563358

File Size

21.82 MB

Format

epub

Language

Bahasa Melayu

Release Year

2021
Kamus ini disusun dengan kaedah dan objektif yang sangat unik. Ianya memfokuskan kepada salah satu ‘musytaqqat’ dalam bahasa Arab iaitu kata nama (tempat). Semua kata nama (tempat) yang terbentuk dari kata kerja “thulathi mujarrad” dikumpulkan dalam kamus ini berserta maknanya dalam bahasa Arab dan bahasa Melayu. Disamping itu, bagi mengoptimumkan kegunaannya untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, semua isu-isu berkaitan dengan kata nama (tempat) dikupas dengan teliti dan lengkap beserta contoh-contohnya dalam bentuk jadual. Proses ini umpama menjalankan analisis linguistik terhadap perkataan-perkataan yang disusun dalam kamus ini supaya dapat difahami semua isu-isu kata nama (tempat) seperti kaedah pembentukannya, perubahan-perubahan yang berlaku padanya, penjamakan, kata akarnya, i’lal dan idgham yang berlaku padanya, dan sebagainya. Semoga usaha penulisan kamus seperti ini dapat diteruskan untuk meliputi semua jenis kata nama mahupun kata kerja yang ada dalam bahasa Arab sebagai satu strategi pengajaran dan pembelajaran berorientasikan korpus bahasa bagi memantapkan pemahaman para pelajar terutamanya berkaitan ilmu morfologi bahasa Arab secara khususnya.
Aras Kognitif Soalan

Aras Kognitif Soalan

Publisher

BookCapital

Categories

General Academics

ISBN

978-967-2134-60-2

File Size

2.77 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2018
Negara mendepani landskap globalisasi pendidikan yang menuntut keperluan bagi menyedia, membentuk dan menghasilkan aset modal insan yang berkualiti tinggi. Ekoran daripada ini, institusi pendidikan negara menerusi perancangan dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan sewajarnya melaksanakan anjakan dan resolusi pendidikan ke arah pemantapan dan pemerkasaan pembangunan modal insan secara bersepadu, seimbang dan holistik dari sudut kualiti intelektual dan keterampilan insaniah. Nyatanya, keperluan ini telah dijelmakan menerusi transformasi pendidikan negara terkini dalam konteks pengajaran dan pembelajaran yang berpaksikan pendekatan berasaskan hasil dengan fokus pelaksanaan pembelajaran berpusatkan pelajar. Implimentasi ini mensasarkan matlamat ke arah memantapkan dan memperkasakan nilai-nilai kemahiran insaniah sebagai jaminan untuk produk modal insan yang berkualiti tinggi. Ini juga sejajar dengan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menerajui kepimpinan pendidikan, telah merangka strategi bagi memastikan perancangan, pelaksanaan, penilaian dan penghasilan produk modal insan yang kompeten, berketerampilan, berwibawa, berdaya saing tinggi serta memiliki ciri-ciri insan kamil yang berjaya dibentuk dan dihasilkan dalam mencapai status insan mahir yang berupaya menggunakan potensi diri dalam menangani kepelbagaian situasi.
Pengajaran dan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Teori dan Amalan

Pengajaran dan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Teori dan Amalan

Publisher

Penerbit UPSI (Penerbit UPSI)

Categories

General Academics

ISBN

978-967-2908-71-5

File Size

16.43 MB

Format

epub

Language

BM

Release Year

2021
Buku ini bertujuan memberikan pengetahuan yang perlu diketahui, kemahiran, dan strategi kepada pendidik dan ibu bapa bagi memupuk kemahiran berfikir, dan yang lebih penting kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan pelajar dan kanak-kanak. Setiap orang berupaya berfikir. Bagi merealisasikan perkara ini, setiap orang perlu diberi galakan, diajar dan dibantu menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Buku ini mengandungi tiga bahagian: bahagian pertama mengandungi latar belakang, teori dan tinjauan tentang pengajaran berfikir; bahagian kedua mengandungi kurikulum, pelbagai pendekatan, strategi, dan teknik yang perlu diketahui untuk mengajar dan menilai penguasaan berfikir; dan bahagian ketiga mengandungi peranan guru dan pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran berfikir, dan bahan sumber serta cadangan. Buku ini ditulis untuk bakal guru. Guru sekolah rendah dan menengah. Di samping itu, buku ini boleh digunakan oleh pendidik di institusi latihan guru dan universiti yang terlibat dalam persedian bakal guru dan juga yang memberikan latihan dalam perkhidmatan profesional bagi pengajaran kemahiran berfikir. Ibu bapa juga boleh mendapat manfaat daripada buku ini untuk membantu anak mereka menguasai kemahiran berfikir aras tinggi.
Microsoft Access 2010: Siri Komputer Dalam Pendidikan

Microsoft Access 2010: Siri Komputer Dalam Pendidikan

Publisher

Penerbit UKM

Categories

General Academics

ISBN

9789674121723

File Size

4.61 MB

Format

epub

Language

BM
Buku ini disusun dengan pola pembahasan yang mudah, ringan dan tidak bertele-tele, sehingga menjadikan buku ini mudah dipelajari dan sesuai menjadi teman belajar. Prosedur langkah demi langkah melalui latihan terbimbing bagi setiap topik sangat membantu lagi memudahkan pemahaman konsep sebleum pelajar membuat latihan kendiri. Setiap bab mengandungi latihan yang disertakan dengan jawapan di bahagian belakang buku. Setelah tamat (i) membaca, (ii) membuat latihan terbimbing dan (iii) latihan tambahan, pelajar boleh melaksanakan projek pangkalan data yang disediakan di akhir latihan dan yang seumpamanya. Setiap topik disertai dengan sampel dan contoh latihan yang akan membantu pelajar memahami isi kandungan pelajaran dan pengaplikasiannya. Siri Buku Komputer Dalam Pendidikan bagi Microsoft Access 2010 untuk peringkat permulaan ini sesuai digunakan oleh para pelajar dan siapa sahaja yang ingin mengenal dan menggunakan Microsoft Access dengan baik. Meskipun buku ini lebih dikhususkan untuk peringkat permulaan, namun isi kandungannya mencakupi peringkat lanjutan. Kandungan buku ini meliputi :- (i) Pengenalan Kepada Pangkalan Data, (ii) Membuat dan mengolah Jadual, (iii) Mencipta hubungan antara Jadual, (iv) Membuat dan mengolah Borang, (v) Membuat dan mengolah Query, (vi) Menjana dan Mencetak Laporan sert topik lanjutan (vii) Membuat Menu Navigasi. Aplikasi teknologi & media dalam reka bentuk dan pelaksanaan pembelajaran yang digunakan adalah bertujuan mencapai pembelajaran bermakna melalui strategi pembelajaran projek berasaskan masalah.