Found 27 eBooks
Results for lemas di
Lemas Di Remang Senja
Author
ZAMAHA
Publisher
ZAKARIA BIN MAMAT
Categories
General Novel
Romance
True Crime
ISBN
978-629-96455-0-4
File Size
49.45 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2025
SINOPSIS: Dalam dunia serba digital, satu mesej salah nombor membawa dua jiwa yang berbeza dunia ke dalam satu perbualan yang tak disangka—Aliya, gadis muda berusia 30 tahun, dan seorang “abang” berumur 57 tahun. Apa yang bermula dengan permintaan pasang lampu, berubah menjadi rentetan mesej yang penuh teka-teki—antara kejujuran, cinta, manipulasi dan impian. Melalui screenshot WhatsApp sebenar, pembaca dibawa menelusuri hubungan aneh dan mendalam ini—penuh romantik, humor, rahsia dan kecurigaan. Siapakah sebenarnya Aliya? Mampukah abang membaca niat tersembunyi di sebalik kata-kata manis itu? “Lemas Di Remang Senja” ialah kisah benar yang dibentangkan dalam bentuk asli—screenshot mesej yang tidak diubah. Ia menyentuh naluri pembaca, seolah-olah mengintai skandal cinta yang penuh strategi dan kesedihan. Inilah kisah sebenar—bukan fiksyen, bukan rekaan. Inilah cinta yang lemas di remang senja.
Gigitan
Author
Zaifuzaman Ahmad
Publisher
KARANGKRAF MALL SDN BHD
Categories
True Crime
ISBN
978-967-446-316-8
File Size
1.28 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2017
Seorang demi seorang mangsa mati lemas di pantai perkelahan Port Dickson. Mayat mangsa tidak ditemui dan hilang ghaib begitu sahaja. Insiden ini membuatkan Inspektor Hadi keliru dan bingung memikirkan hal ini. Belum pernah terjadi insiden seperti ini.
Inspektor Hadi telah meminta bantuan Imran, pengawal pantai yang bertugas di situ untuk menyiasat. Namun masih gagal mendapat apa-apa maklumat. Seorang wartawan bernama Jamal telah menulis cerita tentang insiden ini dan mengatakan yang mangsa bukan lemas tapi dipercaya dibaham buaya.
Inspektor Hadi dan Imran tidak mempercayai cerita itu sehinggalah pada suatu hari abang ipar Imran, Darus mendapat kecederaan di kaki ketika berkelah di pantai itu. Kesan gigitan itu telah disahkan oleh Doktor Rayan yang mangsa digigit buaya. Mungkin buaya itu sesat dan masuk ke laut untuk mencari makanan. Berita itu telah menggemparkan penduduk di situ. Mereka tidak berani lagi keluar berkelah di hujung mimggu dan ini membuat sektor pelancongan Port Dickson terjejas teruk.
Benarkah pantai Port Dickson tercemar dengan buaya? Betul ke cerita yang ditulis Jamal atau hanya rekaan semata-mata? Tapi Doktor Rayan mengesahkan yang mangsa digigit buaya. Inspektor Hadi dan Imran Buntu memikirkan hal ini. Sama ada ia betul ataupun tidak, hanya akan terjawab dalam novel ini.
gadis hujan
Author
Sara Hezra
Publisher
Rafidah ismail
Categories
General Novel
Romance
ISBN
9789672611868
File Size
0.24 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2022
Ini hanyalah kisah sederhana sempurna.
Aku, Jiwa Arjuna. Aku menemui Pelangi Jiwaku ketika hujan lumayan lebat menghentam batang tubuhku, lalu dia meneduhkan aku.
Saat dia meneduhkan, sepertinya dia memberi teduhan pada sekeping hatiku yang sedang lemas dalam kelam hari lalu.
Hujan menghadiahkan pelangi namun akankan pelangi kekal di langitku yang sentiasa kehujanan?
Sebuah Impian
Author
Zainawati Mahmood
Publisher
Oxford Fajar Sdn Bhd
Categories
Family & Health
General Novel
Teen Novel
ISBN
9789834709150
File Size
7.46 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2013
Ikuti tiga kisah menarik yang dipaparkan dalam buku ini. Dalam drama yang bertajuk "Sebuah Impian", hayati kisah perjuangan Hafiz yang berminat untuk menjadi seorang pelukis yang berjaya, tetapi terhalang oleh ayahnya yang menginginkan Hafiz menjadi seorang doktor. Seterusnya, drama "Setinggi Terbang Bangau" pula mengisahkan pengalaman hidup di kampung yang dirasai oleh Mazlan dan sepupunya yang berasal dari bandar, iaitu Fazli. Seterusnya, drama "Budi yang Baik Dikenang Juga" memaparkan kisah Yazid, seorang pelajar yang miskin. Namun begitu, usahanya menyelamatkan Faizah daripada lemas di laut telah membuka tali persaudaraan baharu di antara keluarganya dan keluarga Faizah.
JODOH SEBELAH KHEMAH
Author
Danisyarahmat
Publisher
Norhafisah Binti ismail
Categories
Romance
ISBN
9789671814437
File Size
0.62 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2021
Bagi Adira hidup sendiri lebih bahagia dan tak perlu untuk memikirkan jodoh kerana
tidak mahu hidup dikawal oleh pasangan. Bagi Mak Chom, umur Adira yang sudah meningkat
banyak itu merisaukan dirinya kalau anak daranya masih sendiri.
“Hati Dira tak sampai seru lagi. Dira tak rasa nak kahwin lagilah, mak.”
“Nak tunggu sampai seru tu, bila Dira?. Mak takut mak mati kempunan nak tengok hang
bersuami. Mak nak juga tengok anak hang, Dira.”
Dek kerana protes dengan jodoh yang bakal datang merisik, Adira bersama sahabat
baiknya telah pergi berkhemah di Negeri Perak.
Di sana Adira bertemu dengan Mustaqim, jiran sebelah khemahnya. Adira tidak suka
pada lelaki itu kerana menganggap semua lelaki yang berbaik dengannya ada muslihat
tersendiri. Peristiwa lemas sewaktu mendayung rakit telah memperlihat sisi baik yang ada
pada Mustaqim. Lelaki itu bertarung nyawa menyelamatkan Adira.
“Awak lemas. Saya dah bantu selamatkan awak. Kita dah jauh dari pit stop
terakhir. Terpaksa kita gunakan jalan darat untuk kembali ke tapak khemah semula.”
Mustaqim sambung kata lagi.
“Ini semua salah awak. Kalau awak tak rebutkan dayung tu, tentu saya tak lemas. Tentu
saya tak sesat.” Adira melepaskan rasa marahnya. Semua ini salah Mustaqim.
Tapi dah namanya jodoh, akhirnya tanpa sedar Adira terpaut hati pada Mustaqim.
Pertemuan di MRSM Kubang Pasu membuatkan Adira semakin merindui lelaki itu. Tetapi
masalahnya sekarang Mak Chom sudah menerima lamaran dari anak Mak Biah.
“Siapa nama anak Makcik Salbiah tu?”. Adira menyoal.
“Apa namanya, Mus…Mus…”. Mak Chom garu kepala yang tidak gatal. Otak
dikerah untuk mengingati nama penuh anak Salbiah. Yang diingat hanyalah Mus sahaja.
“Entahlah mak lupa. Mustafa kut”. Mak Chom buat andaian sendiri.
Apa pilihan hati Adira sendiri.
Mustaqim atau Mustafa?
Siri Candy 08: Seronoknya Bercuti: Topik: Melancong
Author
Candy Factory
Publisher
KADOKAWA GEMPAK STARZ SDN BHD
Categories
Comics
ISBN
9789673854288
File Size
95.47 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2024
Akio melancong smbil belajar Pulai Langkawi untuk mengkaji haiwan di sana. Dia mempelawa Joni, Mia, Emilia, Sofia, Daniel dan Aman menemaninya. Joni jadi mabuk udara kerana pertama kali naik kapal terbang. Dia juga terlupa banyak barang seperti ubat gigi dan tuala. Sofia tidak selesa kerana tidak membawa pakaian sesuai. Kemudian Mikael tang baru balik dari Prague untuk bercuti juga ikut sekali. Ketika mereka semua berseronok di tepi pantai, Joni tiba-tiba hampir lemas. Mikael pula tiba-tiba berkemas untuk pergi dari situ! Apa sudah jadi ni?!
Sepi Sekeping Hati
Author
Yaya Abdul Rahman
Publisher
SITI NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
Categories
Romance
ISBN
978-967-19868-7-5
File Size
0.44 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2022
Menjadi fake lover kepada Fakhrullail Zachry adalah sesuatu yang sangat mencabar. Dek tidak mahu terpalit dosa, Sofia Nafeesa nekad menjadi isteri rahsia kepada lelaki kacak bertubuh tegap ala-ala Chris Evans. Namun begitu, cabarannya tidak terhenti di situ. Sofia Nafeesa dibenci pula oleh manusia di kiri dan kanannya. Dia tersepit di tengah-tengah antara mereka. Di kanannya Eleena Aisyah iaitu isteri yang dinikahi Fakhrullail Zachry tanpa cinta. Wanita yang setia membenci dirinya. Manakala, di kirinya pula adalah emak saudara yang melayannya umpama kucing merempat selama ini iaitu Mak Ngah Melur. Wanita yang sentiasa mencipta mimpi-mimpi buruk dalam kamus hidup Sofia Nafeesa. Sekeping hati wanitanya sepi dan kosong. Sofia Nafeesa lemas dan jemu dalam hambatan ujian demi ujian yang terpaksa dilaluinya.Mujurlah, huluran salam lelaki ala-ala Chris Evans itu menyirnakan semula sekeping hati Sofia Nafeesa yang ketandusan kasih dan kesepian cinta.
Lelah Mencintaimu
Author
Muna Mahira
Publisher
Permata Hiraaz Sdn Bhd
Categories
General Novel
Romance
ISBN
978-967-2410-03-4
File Size
1.02 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2019
Cinta itu bukan ungkapan.
Kasih itu bukan umpan.
Di antara mereka hanya punya tarikan.
Usah berbicara soal hati yang tiada.
Namun kenapa pedihnya terasa?
Pertama kali membalas renungan itu, aku lemas sendiri. Bagai kelip-kelip yang tertarik pada api, aku kian merapati. Dan seperti kelip-kelip itu juga, aku terbakar hangus. Rentung.
Antara aku dan dia, sudah termaktub takdir yang menyakitkan. Cinta yang tak berbalas buat aku lelah sendiri. Biar segalanya ternoktah di sini!
~Rayhan Amanda~
Dia hadir tanpa kupinta. Dengan lenggok penuh menggoda. Hanya mahu aku sebagai pelindungnya. Merantai diri selamanya menjadi milikku. Itu janji yang termaktub. Janji yang kutuntut hingga ke hujung nyawa.
~Fareeq Lutfi~
MALANG
Author
Nabil Latib
Publisher
Buku Fixi
Categories
General Novel
ISBN
9789672328100
File Size
0.83 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2019
Tujuh hari selepas Pan dan rakan-rakannya pulang dari berkhemah di Gunung Jerai, negara digemparkan dengan kejadian tanah runtuh yang telah mengorbankan beberapa orang pengunjung. Pan bersyukur kerana kejadian itu tidak berlaku semasa dia berkhemah bersama sahabat-sahabat baiknya, Mat, Lan dan Jah. Pengembaraan seterusnya empat sekawan itu menjadi semakin ceria kerana mereka disertai seorang teman baru bernama Mia yang mula memikat hati Pan. Mereka bermalam di sebuah chalet di Pantai Merdeka. Tujuh hari kemudian, giliran Pantai Merdeka pula dilanda tsunami yang menyebabkan ramai mangsa mati lemas. Hati Pan gusar kerana dia sebenarnya merahsiakan satu insiden yang berlaku semasa mereka berkhemah di puncak Gunung Jerai tempoh hari. Selepas bencana ketiga berlaku genap tujuh hari selepas kumpulan lima sekawan itu menginap di sebuah hotel di Ipoh, Pan mula merasakan bahawa kejadian-kejadian tersebut ada kaitan dengannya. Semuanya sekadar kebetulan, atau adakah nasib malang sudah mula mengekori perjalanan hidupnya?
Cinta Yang Terpilih
Author
Sri Diah
Publisher
KARANGKRAF MALL SDN BHD
Categories
Romance
ISBN
978-983-124-540-8
File Size
1.11 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2016
WARDA - Cinta adalah lautan masalah. Aku lemas. Tidak bolehkah cinta itu manis sepanjang masa? Apabila Zahim kemalangan, rupa-rupanya di sebelahnya ada perempuan lain!
Malam ini, bukan malam jahanam. Aku berkelana untuk membuang badi cinta. Aku tidak mahu mengusung sengsara selamanya. Semoga ALLAH lapangkan dadaku untuk menerima musibah ini dengan redha dan semoga aku akan menjadi wanita yang lebih baik daripada semalam.
ZAHIM - Tak mungkin aku akan meraih cintanya lagi. Aku ada maruah. Dia pun ada maruah. Manusia berbuat silap, ALLAH maafkan. Namun kesilapan manusia sesama manusia, memang payah untuk saling memaafkan.
Rama-Rama Nakal
Author
Khadijah Hashim
Publisher
K PUBLISHING SDN BHD
Categories
Children
ISBN
978-983-852-650-0
File Size
10.02 MB
Format
epub
Language
BM
Sekumpulan rama-rama sedang menyeri bunga di taman. Warna rama-rama yang cantik itu telah menarik perhatian sekumpulan anak ayam.
Anak ayam berasa iri hati kerana rama-rama boleh terbang ke sama ke mari. Rama-rama ingin berkawan. Ia mengajak anak ayam main kejar-kejar. Anak ayam pun mengejar rama-rama yang terbang ke sana ke mari. Malang tidak berbau kerana leka melihat rama-rama, anak ayam telah terjatuh ke dalam kolam.
Anak-anak ayam terjerit-jerit meminta tolong. Mujur tuan rumah di situ dapat menyelamat anak-anak ayam daripada lemas. Sejak peristiwa itu anak ayam tidak lagi bermain dengan rama-rama. Anak ayam dinasihatkan berkawan dengan anak itik.
Sudikah anak-anak itik berkawan dengan anak ayam walaupan fizikal dua jenis haiwan ini hampir sama?
Teruskan membaca untuk mengetahuinya!
Sherlock Holmes: Pilu Seorang Bangsawan, Misteri Mahkota Permata Beril & Misteri di Copper Beeches - Edisi Bahasa Melayu
Publisher
PTS Publications
Categories
Teen Novel
General Novel
ISBN
978-967-369-446-4
File Size
0.38 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2019
Pilu Seorang Bangsawan : Sherlock Holmes dan Dr. Watson diminta oleh seorang lelaki bangsawan untuk mencari isterinya yang hilang selepas majlis perkahwinan mereka. Mereka menjumpai gaun pengantin wanita itu terapung di dalam tasik. Polis Scotland Yard mengatakan wanita itu telah mati lemas, namun Sherlock Holmes merasakan sebaliknya dan terus menyiasat ke mana perginya wanita itu.
Misteri Mahkota Permata Beril : Sherlock Holmes dan Dr. Watson membantu seorang pegawai bank yang kehilangan tiga butir permata pada sebuah mahkota kecil yang amat berharga di bawah jagaannya. Lebih menyulitkan, dia mengesyaki anaknya yang bertanggungjawab mencuri permata itu kerana dia berjaya menangkap anaknya itu cuba merosakkan mahkota itu. Sherlock Holmes cuba membuktikan anaknya itu tidak bersalah.
Misteri di Copper Beeches : Sherlock Holmes dan Dr. Watson didatangi oleh seorang wanita muda bernama Violet Hunter, yang merasakan dirinya seperti dipaksa untuk menyamar sebagai seorang yang lain setelah bekerja sebagai pengasuh di sebuah rumah di Copper Beeches.
Pilu Seorang Bangsawan (The Adventure of the Noble Bachelor), Misteri Mahkota Permata Beril (The Adventure of the Beryl Coronet), dan Misteri di Copper Beeches (The Adventure of the Copper Beeches) dimuatkan dalam jilid The Adventures of Sherlock Holmes, yang pertama kali diterbitkan pada 14 Oktober 1892.
Cornflake Madu Untuk Sayang
Author
Yaya Abdul Rahman
Publisher
SITI NUR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
Categories
General Novel
ISBN
978-629-96950-2-8
File Size
0.26 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2023
Menjadi second wife kepada Arif Aiman adalah sesuatu yang sangat mencabar. Dek tidak mahu terpalit malu, Nia Syarmila nekad menjadi isteri rahsia kepada lelaki kacak bertubuh tegap ala-ala Mr. Romeo Universiti Malaya itu.
Namun begitu, cabaran Nia Syarmila tidak terhenti di situ. Dia dibenci pula oleh manusia di kiri dan kanannya. Nia Syarmila tersepit di tengah-tengah antara ahli keluarga Arif Aiman. Di kanannya Kak Seha iaitu isteri yang dinikahi Arif Aiman tanpa cinta. Wanita yang selalu mahu lebih akan segala-galanya. Manakala di kirinya pula adalah mama dan papa Arif Aiman yang melayannya umpama kucing merempat. Kerap kali kepulangan Nia Syarmila ke rumah mereka tidak menarik perhatian kedua-dua orang tua itu. Segalanya adalah Kak Seha! Menantu pilihan mereka. Wanita yang sentiasa mencipta mimpi-mimpi buruk dalam kamus hidup Nia Syarmila.
Sekeping hati Nia Syarmila terasa sedih. Dia semakin lemas dan jelak dalam layanan demi layanan mereka yang terpaksa dilaluinya. Mujurlah, huluran cinta Arif Aiman untuknya sentiasa cerah menyinar. Biarlah masa yang menentukan segalanya. Nia Syarmila redha. Dia percaya, hati manusia itu Allah Taala yang pegang. Sepahit-pahit hempedu itu pasti ada kebaikannya yang menyusul kelak.
Syahid Bukan Hanya Mati Berperang
Publisher
PTS Publications
Categories
Islam
ISBN
9789674819057
File Size
11.64 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2022
Benarkah :
· Mati kerana dijangkiti waba’
· Mati ketika kuarantin waba’
· Mati kerana lemas
· Mati kerana terbakar
· Mati ketika mengandungkan anak
· Mati ketika mempertahankan kebenaran
· Mati kerana batuk kering
· Mati ditimpa runtuhan bangunan
· Mati kerana sakit perut
· Mati kerana sakit dada
· Mati disengat binatang
· Mati ketika mempertahankan diri
· Mati jatuh dari gunung
· Mati kerana bersusah payah mencari rezeki halal
· Mati kerana sihir
· Mati ketika menuntut ilmu
· Mati ketika demam
· Mati kerana mengawal sempadan negara
Juga diiktiraf sebagai mati syahid menurut hadith-hadith sahih?
Apakah buktinya?
Apakah dalilnya ?
Dapatkan penjelasan mengenai amalan dan keadaan yang diiktiraf sebagai mati syahid yang sebenar menurut hadith-hadith sahih di dalam buku ini.
JAMPI CINTA BUAT DATO F
Author
Cik Tet
Publisher
Kaseh Aries Publication Sdn Bhd
Categories
General Novel
ISBN
9789672035541
File Size
1.37 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2021
Demi menyelamatkan nyawa insan yang paling disayanginya, Anggerik bersetuju untuk dinikahkan dengan Dato’ Firdee Arhan. Seorang pemuda yang ego dengan cintanya. “Awak boleh jadi isteri saya, tapi awak takkan dapat cinta saya.” ~ FIRDEE “Mahal sangat ke cinta Dato’ tu? Tak layak untuk perempuan miskin macam saya ni?” ~ ANGGERIK Sikap dingin beku pemuda itu memaksa Anggerik untuk menjadi seorang penggoda yang nakal demi untuk memikat hati si suami yang mula bertapak dalam hatinya itu. “Awak memang sengaja nak goda saya, kan?” ~ FIRDEE “Abang tergoda ke?” ~ ANGGERIK Godaan yang diterima buat Firdee tersungkur berkali-kali. Lemas dengan kenakalan Anggerik yang semakin menjadi-jadi. Di saat dia bersedia untuk menyerahkan cintanya kepada Anggerik, kebenaran muncul menghancurkan semuanya. Menghapuskan segala yang indah di antara mereka. “Awak dah hancurkan hati saya dengan begitu lumat sekali. Awak dah buktikan kepada saya... yang awak memang tak layak untuk memiliki cinta saya.” ~ FIRDEE “Anggerik akan pergi. Tapi percayalah... semua yang Anggerik dah curahkan untuk abang, tiada satu pun yang palsu.” ~ ANGGERIK Hanya kerana dendam dan busuk hati orang lain, tegakah Firdee untuk melepaskan insan yang pernah bergelar ratu di hatinya itu? Permaisuri di Vila Cinta Agung itu?
ISTERI DAMBAAN DIA
Author
Uji Norizqi
Publisher
Love Novel Publishing Sdn. Bhd.
Categories
General Novel
Romance
ISBN
978-967-0657-94-3
File Size
4.76 MB
Format
epub
Language
BM
ARTINA NEDIESHA seorang gadis metropolitan. Dia dilahirkan dalam keluarga berada dan berkedudukan. Dek kerana ketegasan dan kesombongan Engku Masitah, dia prejudis kepada ibu sendiri. RIFQI EKHSAN seorang yang berpendidikan tetapi hidup sederhana. Mengusahakan tanah di kampungnya. Seorang anak yang bertanggungjawab kepada keluarga dan penyayang orangnya. Ke kota mencari pekerjaan, menemukan dia dengan si gadis cantik, lincah dan gemar bersosial. Bekerja di bawah satu bumbung, menyebabkan Nediesha mendekati Rifqi.Namun kegedikan Nediesha cukup membuatkan Rifqi lemas.
“Cik Nediesha nak makan sini juga ke?”
“Tak. Nak tengok awak.”
“Cik nak bawa saya ke mana?”
“Pejabat kadi.”
Orang kata cinta itu buta tapi bagi aku cinta ini gila. Bila dalam hati hanya ada nama dia, mana nak nampak masalah di kemudian hari. Yang aku tahu hanya ingin memiliki dia.
Sedarkah aku dia kuli, aku anak bos? Sedarkah aku dia suasa, aku emas? Sedarkah aku wujudnya jurang di antara kami? Taraf hidup kami cukup berbeza.
“Diesha….Qi tak layak untuk memiliki Diesha apatah lagi diangkat menjadi calon menantu pilihan Datuk Rosli dan Engku Masitah. Qi tidak mahu bermimpi di siang hari...”
“Tapi Diesha yakin yang Diesha milik Qi.”
Cinta dua darjat bersatu jua tetapi mengapa bahagianya sekejap saja? Rimaskah aku hidup berlumpurkan selut di bendang? Kecewakah aku hidup tanpa kemewahan?
“Baik! Lidah kau kena pasung ek? Aku akan pergi dari sini biarpun tanpa izin kau. Kat KL nanti aku failkan penceraian. Kau tunggu surat dari lawyer aku.”
Lafaz perpisahan terlafaz. Apakah ia satu kerelaan? Aku bebas kerana aku yang lari namun puing rindu tetap ada di kamar hati. Benarkah hanya aku yang dia damba?Bolehkah aku menjadi isteri yang didamba dia lagi setelah masing-masing memijak kaca dan terluka kakinya?
FRATELLO
Author
KHAIRUL ASWAD
Publisher
KARANGKRAF MALL SDN BHD
Categories
Teen Novel
ISBN
978-967-2018-04-9
File Size
5.32 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2018
Ini bukan kisah cinta. Jauh sekali kisah hantu terbang sini dan sana. Ini cerita seorang lelaki yang bergelar abang. Tentang bagaimana dia terpaksa berkorban banyak perkara untuk adik perempuannya. Hidupnya berubah seratus peratus sejak kepulangan adiknya itu. Edika adalah seorang lelaki yang biasa-biasa. Dia mempunyai bisnes kafe yang dibuka bersama dengan rakan baiknya, Mael yang juga seorang mata duitan. Cerita bermula apabila adik perempuannya, Marni pulang ke rumah setelah tamat belajar dan akan menghadapi latihan praktikum. Hakikatnya, Edika tak senang dengan kepulangan adiknya yang dia ramal akan menyusahkan hidupnya. Ya, dia tak sukakan adik perempuannya itu, Marni. Bila ibunya beritahu yang Marni mahu berkahwin dan Edika perlu berkahwin dulu sebelum adiknya, dia semakin serabut. Dia masih belum bersedia. Puas dia memujuk ibunya tapi tak berhasil. Akibat kedegilannya, Marni tiba-tiba hilang dan rupanya dia telah pergi ke rumah kekasihnya untuk sebagai tanda dia merajuk. Bagi mengelakkan daripada adiknya itu buat kerja gila, Edika bersetuju dengan syarat ibunya. Cuma, dia masih tiada calon. Mael mencadangkan Edika untuk ke sebuah agensi cari jodoh. Sepanjang pertemuannya di sana, Edika telah dikenenkan dengan tiga orang gadis. Sekadar menurut, Edika bertemu janji dengan ketiga-tiga gadis tersebut. Segalanya nampak indah di mata ibunya, Marni dan juga Mael kerana bagi mereka, Edika telah terbuka hati. Namun tak lama kemudian, Edika mendapat berita daripada agensi mengatakan salah seorang gadis yang menjadi pasangannya telah mati lemas di sebuah lombong. Punca kematian masih tak dapat dikesan. Beberapa hari kemudian pula pasangannya yang kedua telah dilanggar kereta tapi terselamat. Edika berasa tidak sedap hati dan cuba menghubungi pasangannya yang ketiga. Sewaktu Edika tiba di rumahnya untuk memberi amaran, wanita itu telah pun mati akibat diracun. Dalam masa yang sama, bisnes kafe Edika hampir lingkup kerana Mael telah menggunakan wang syarikat untuk dilaburkan tanpa pengetahuannya dan duit tersebut telah dilarikan. Cerita ini mengisahkan tentang kekeluargaan, persahabatan, cemburu, sifat tamak dan penyiasatan.
Dia Qasyrina Izzara
Author
Arsya Aisya
Publisher
Penerbitan Anaasa PLT
Categories
General Novel
ISBN
9789670870656
File Size
0.77 MB
Format
epub
Language
Bahasa Melayu
Release Year
2021
Qasyrina Izzara! Gadis cantik yang diberi jolokan playgirl. Siapa yang tidak kenal dengan nama itu. Kelab mana yang tidak pernah dia kunjungi. Dirinya sering diintai jejaka bermata helang.
“Oh my! Adam Mikail, you jangan nak jual minyak dengan I ok. I know you. I tahu buaya yang dalam diri you tu tak boleh nak dijinakkan.”
- Qasyrina
“Well, you lah jinakkan buaya tu.” - Adam
Dia Iqram Maliq lelaki sederhana yang kacak. Manis dan lancang. Tapi lancang dia hanya dengan Qasyrina Izzara. Matanya sakit setiap kali melihat gadis itu berpakaian.
“Pakaian kau tu macam tak cukup kain tau. Mata aku ni memang la suka tengok perempuan bertelanjang macam kau ni, tapi mata hati aku ni seksa tau.” - Iqram
Dari pergaduhan kecil hatinya terusik. Sebab itu orang tua selalu berpesan, jangan benci sangat lama-lama sayang. Itulah yang terjadi di antara keduanya. Cinta datang menyapa tanpa diduga.
“Qasyrina Izzara, demi Allah aku cintakan kau.” - Iqram
Luahan Iqram terpaksa dilupakan kerana kisah silamnya. Dia tidak layak untuk lelaki itu. Dia menjauh, Iqram mendekat. Lemas. Akhirnya dia memutuskan untuk membuka kebenaran siapa dirinya.
Mampukah Iqram menerima siapa Qasyrina yang sebenar? Masih utuhkah cinta lelaki itu? Apakah kisah yang membelenggu Qasyrina?
Mereka Yang Pulang
Author
ISMAIL HASHIM
Publisher
Ismail Hashim
Categories
General Novel
ISBN
978-967-12447-2-2
File Size
0.42 MB
Format
epub
Language
BM
Antologi cerpen berjudul ‘ Mereka yang pulang’ adalah antologi cerpen persendirian yang dihasilkan oleh penulis Ismail Hashim. Adunan pengolahan cerpen tulisan penulis ini ada pelbagai tema dan membuatkan pembaca tidak berasa bosan untuk membacanya.
Sebanyak 24 buah cerpen dalam antologi ini. Cerita dimulakan dengan ‘Taman De Impiana’. Ceritanya berkisar tentang cadangan projek pembinaan sebuah taman impian di sebuah daerah. Taman impian yang dimaksudkan itu merupakan sebuah produk pelancongan yang bertujuan menarik lebih ramai pelancong ke daerah ini.
Tapak cadangan asal,iaitu kawasan laut telah ditambak untuk dijadikan tapak projek ini. Malangnya, projek ini terbantut perlaksanaanya akibat dari kemelesetan ekonomi negara dan dunia dan tapak ini telah dijadikan rumah kedai untuk tujuan perniagaan.
Cerpen yang bertajuk ‘ Tangga’ merupakan kisah keluhan dari kakitangan di sebuah pusat pengajian tinggi di mana penulis yang bekerja sebagai jurutera selenggara di situ menerima rungutan dari kakitangan,khususnya yang berbadan besar dan penggunaan tangga untuk naik ke tingkat yang lebih atas.
Tangga menyukarkan mereka yang mempunyai tubuh yang berisi atas faktor usia dan mencadangkan tangga ini di tukarkan kepada penggunaan lif. Tuan Haji Mustakim selaku Pengarah pusat pengajian tinggi itu mengingatkan kakitangan supaya tidak menyalahkan tangga tapi mematuhi diet makanan yang seimbang dan sihat bagi pengurangan berat badan mereka.
‘Kuntum layu jambatan kasih’ mengenangkan kembali hubungan Nisah dengan Hisyam yang menempuhi liku-liku sepanjang percintaannya. Setelah kematian emaknya, akibat kanser payudara, Nisah tinggal bersama Nek Awa.
Nisah berkawan baik dengan Budin, Jemi dan Jeman. Tapi, Hisyam mempunyai ‘keistimewaan’ yang tersendiri dalam memikat hatinya dan hati Nek Awa. Hisyam mengumpan rokok, sirih dan pinang bagi mengekalkan hubungan mesra dengan Nek Awa.
Nisah pula terpikat pada Hisyam sebagai teman kekasihnya kerana Hisyam adalah lelaki yang pertama melahirkan perasaan cinta kasih kepadanya.
Cerpen ‘Pesta’ berkaitan dengan majlis pesta yang berlangsung hampir seminggu melibatkan artis tempatan tajaan sebuah syarikat yang diadakan di daerah itu. Kehadiran pesta itu menyebabkan penduduk setempat memburu hiburan. Ramai anak muda yang berkunjung ke tapak pesta bagi mencari hiburan.
Cerpen ‘Angka 6’ menceritakan kisah seorang anak yang bernama Zul, enggan mendengar nasihat ibunya untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah sarjana muda walaupun kelayakan yang diperolehinya dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) adalah layak berbuat demikian. Zul mahu mengikut langkah ayahnya melanjutkan pengajiannya pada peringkat sijil, diploma dan ijazah.
Zul telah tertarik dengan seorang gadis,bernama Sara sewaktu bekerja sebagai pegawai ‘tele-marketing’ di sebuah bank. Zul telah berkenalan dengan gadis itu selama enam bulan. Zul berhasrat untuk bertunang dengan gadis pilihannya selepas enam bulan dari tarikh berkenalan.
Zul juga berhasrat melangsungkan perkahwinannya dengan gadis itu, enam bulan selepas majlis pertunangannya dengan gadis itu.Dapatkah Zul menyakinkan emaknya yang merupakan seorang pengetua cemerlang (pengetua kanan) di salah sebuah sekolah menengah itu?.Tambahan pula, gadis pilihan Zul,yang bernama Sara memiliki usia lima tahun lebih tua dari Zul sendiri
Manakala ‘ Cerpen Lukisan Wajah’ adalah pertemuan seorang lelaki dengan seorang wanita bernama Susila melalui agensi mencari jodoh. Pertemuan yang diaturkan oleh agensi mencari jodoh ini, melalui fasa demi fasa.
Fasa-fasa ini adalah fasa perkenalan dimana agensi ini akan memperkenalkan potret yang menjadi wanita pilihan.Fasa kedua pula adalah sesi pertemuan. Fasa ketiga adalah pertemuan susulan dan fasa keempat ialah fasa perancangan samada mahu meneruskan perhubungan atau had perhubungan ditamatkan di situ sahaja. Apakah lelaki pilihan Susila merupakan seorang lelaki yang budiman?.
Cerpen ‘ Mereka Yang Pulang’ adalah judul atau tunggak kepada antologi cerpen ini. Ianya menceritakan tentang tiga kanak-kanak berusia sekitar lingkungan 9 hingga 12 tahun dan mengikut ayah mereka ke pasar malam. Mereka bertiga juga adalah pelajar- pelajar Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan.
Lokasi pasar malam ini berhampiran dengan pantai perkelahan. Ayah mereka telah berpesan kepada abang sulung supaya menjaga adik-beradik yang lain dan usah bermain di laut, sementara ayah mereka ke pasar malam itu untuk membeli barangan keperluan.
Abang yang sulung gagal menahan pujukan adik-beradiknya yang mahu bermain air laut di pantai itu. Mereka telah pergi ke tengah laut dan secara tiba-tiba air laut menjadi pasang. Ketiga-tiga gagal diselamatkan dan lemas di laut kemudiannya.
Seorang lelaki telah menjumpai ketiga-tiga orang kanak-kanak ini yang mahu pulang ke rumah mereka di Taman TKK. Lelaki ini menumpangkan kanak-kanak itu dalam keretanya dan membawa mereka pulang ke rumah kanak-kanak itu.
Apabila sampai ke pintu rumah, lelaki itu mendapati ada ramai orang di rumah itu dan pemilik rumah itu mengadakan majlis kenduri arwah di rumah itu. Lelaki tersebut berasa terkejut kerana ayah mereka memaklumkan, ketiga-ketiga anaknya telah mati lemas pada kejadian petang itu.
Anak-anak mereka yang pulang seolah-olah mahu memohon maaf atas kedegilan mereka enggan mematuhi teguran ayah mereka itu. Lelaki itu juga menjadi linglung apabila kanak-kanak itu hilang secara tiba-tiba.
Penipuan seorang rakan kongsi syarikat perniagaan menyebabkan seorang lelaki yang bernama Pak Budin menjadi kurang siuman,terungkai dalam cerpen yang bertajuk ‘Sebatang Pohon Mati’. Dolmat adalah seorang kontraktor yang menyerahkan lesennya kepada Pak Budin untuk diusahakan.
Dolmat telah menipunya apabila pembayaran kerja yang telah siap atas nama lesen Dolmat. Ini menyebabkan Pak Budin berhadapan dengan pekerja-pekerja yang menuntut gaji mereka,syarikat pembekal bahan binaan menagih hutang mereka, perkhidmatan jentera meminta wang gaji mereka. Dolmat menghilangkan diri di negara jiran.Ini menjadi Pak Budin menjadi runsing dan mengakibatkan Pak Budin jadi kurang siuman.
Ada banyak cerpen-cerpen lain di dalam antologi ‘Mereka Yang Pulang’ ini. Teruskan membaca!.
Hanya Untuk Dia… Ain Nuraina
Author
Sophilea
Publisher
Intensmart
Categories
General Novel
Romance
ISBN
978-967-2918-16-5
File Size
1.08 MB
Format
epub
Language
BM
Release Year
2021
IA kisah Zhafran Haikal, seorang pensyarah yang jatuh cinta dengan pelajarnya. Ia kisah Zhafran Haikal yang tak tahu nak memikat namun apabila cinta datang, perkara gila pun dia sanggup buat. Mengekori Ain hingga sanggup menaiki bas dan memastikan dia duduk di sebelah Ain sepanjang perjalanan dari Penang ke Perak. Melamar Ain setelah melekehkan gadis itu tidak pandai masak dan malas di hadapan pelajar-pelajar lain. Mengherdik di dalam kelas, halau dari kelas, jirus air ke muka ketika Ain tertidur dalam kelas… MELAMAR tanpa ada klu langsung untuk berkenalan! Ain Nuraina membencinya. Ain Nuraina anggap dia pensyarah sewel, tak ada sivik, psiko, gila! Ain jadi lemas, dingin bagai bongkah ais kerana Zhafran lelaki yang dianggap kejam dan ambil kesempatan mengguna kuasa lantaran dia tidak melayan. RIMAS! Zhafran sentiasa mengejarnya. Ayat-ayat manis diluah saat berdua-duaan… “Yang sakit bukannya tangan saya. Setakat nak suap nasi masuk mulut tak ada masalah pun.” – Ain Nuraina “Saya tahu tangan Ain tak sakit. Tapi kalau Ain nak tangan saya yang suapkan, insya-Allah jari saya kuat untuk angkat sudu tu.” – Zhafran Haikal DINGINNYA Ain Nuraina buat Zhafran sanggup lakukan lebih lagi… “Saya mengharapkan orang lain untuk jadi suami saya. Saya mengharapkan lelaki lain untuk menjadi imam saya. Sampai bila-bila saya tak suka doktor.” Suara Ain tidak setinggi tadi. Bertoleransi barangkali. “Ain, kita tidak tentukan apa yang akan terjadi esok lusa dan hari-hari yang seterusnya. Allah yang tentukan.” Ain pandang Zhafran. “Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa khilaf saya pada doktor?” Suara Ain separuh sebak. “Silap Ain cuma satu...khilaf Ain kerana...kerana saya jatuh cinta pada Ain.” BAHAGIAKAH pasangan ini apabila ego Ain melangit hingga dia tidak nampak sekelumit pun kejujuran dalam diri Zhafran terutama saat muncul Dr. Dania dan Irma yang jatuh hati terhadap Zhafran Haikal.
